Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

19 April 2024

Bayu Somerset Pupuk Kecintaan terhadap Baju Kurung melalui Shopee Live

 Bayu Somerset Pupuk Kecintaan terhadap Baju Kurung melalui Shopee Live

Bukan Sekadar untuk Raya: Bayu Somerset Takrif Semula Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian

Diana Kamalul dan Emir Fauzi, pengasas Bayu Somerset

KUALA LUMPUR, 15 April 2024 - Bayu Somerset adalah perintis jenama fesyen yang membawakan nafas baharu terhadap industri fesyen tempatan dengan rekaan ranggi dan visi inklusif. Ditubuhkan pada 2021 oleh Diana Kamalul dan Emir Fauzi, pasangan yang dahulunya bekerja sebagai pegawai bank, melahirkan Bayu Somerset atas keinginan untuk mengisi ruang kosong untuk baju kurung yang berwarna-warni dan ranggi, di mana selalunya didominasi dengan rekaan bersederhana. Bayu Somerset juga menawarkan rangkaian pakaian yang boleh diakses semua tanpa mengira usia, latar belakang, warna kulit, saiz, majlis, atau musim.  

Sambil menguruskan lima cawangan kedai fizikal, Bayu Somerset semakin bersinar di dunia e-dagang di mana mereka sentiasa belajar dan menyahut cabaran landskap dunia digital. Memahami keperluan untuk mengadaptasi, Emir menggunakan pendekatan dipacu teknologi dan memberi fokus terhadap trend semasa seperti berstrim langsung dan pemasaran affiliate.

"Peralihan kepada e-dagang memerlukan kita untuk sentiasa belajar dan adaptasi, terutamanya dalam mengikuti trend semasa,” kata Emir. "Ianya memerlukan pelbagai sumber penting, tetapi potensi manfaat yang boleh dikecapi syarikat dan jenama tidak boleh dinafikan. Shopee merupakan salah satu sumber kritikal dalam membantu kami mengharungi cabaran dalam talian. Shopee bukan sahaja membantu menarik pelanggan untuk membeli tetapi juga meluaskan kesedaran jenama kami. Pendedahan jenama amat penting dalam dunia e-dagang, dan kestabilan platform Shopee adalah sesuatu yang saya amat hargai.” 

Bayu Somerset mengambil pendekatan dinamik terhadap Shopee Live, berstrim langsung lapan jam sehari, dua jam setiap sesi, tanpa mengira musim. Strategi ini memastikan keterlibatan pelanggan yang konsisten dan melangkaui kemuncak musim seperti Raya. Walaupun mengakui prestasi jualan meningkat sepuluh kali ganda semasa musim Raya, Bayu Somerset mengutamakan kelestarian berbanding kebergantungan terhadap kemuncak musim. Selari dengan visi mereka untuk mempromosikan pemakaian baju kurung sebagai pakaian harian, Bayu Somerset memperkenalkan sekurang-kurangnya dua koleksi baharu setiap bulan, dengan saiz sehingga 5XL untuk memastikan keterangkuman.   

Semasa sesi Shopee Live Bayu Somerset, pengacara dengan bersemangat berkongsi tentang keselesaan memakai baju kurung dengan mengetengahkan keselesaan fabrik kapas yang diguna bersesuaian dengan cuaca Malaysia. Dengan memastikan kemampuan milik, mereka menawarkan pakaian dengan harga serendah RM79, tanpa kompromi terhadap kualiti. Semasa bulan Ramadan, pengacara juga mempamerkan koleksi Raya yang merangkumi lapan koleksi berbeza di mana setiap koleksi mempunyai enam ke sepuluh corak, dan koleksi-koleksi ini termasuk pakaian kanak-kanak dan pakaian lelaki. Rekaan diinspirasikan dari budaya Malaysia dan gabungan ceria pelbagai budaya seperti dilihat dalam koleksi Moroccan, Mexican, dan African. Tambahan lagi, Bayu Somerset baru-baru ini berkolaborasi dengan pengilustrasi tempatan, Arina Azhar untuk membawakan ‘whimsical vibe’ dan ‘twist’ menyeronokkan terhadap penawaran pakaian mereka.

Review pelanggan dan ruangan komen Shopee Live Bayu Somerset dipenuhi dengan pelanggan yang berpuas hati dengan pembelian mereka seperti “Saya memakai baju kurung Bayu Somerset semasa berkebun! Ianya sangat versatil, saya amat sukakannya!”, “Saya selalu memakai baju Bayu Somerset untuk ke pasar raya atau cafe hopping. Fabrik yang mereka gunakan amat ringan tetapi tahan lasak, sesuai untuk pakaian harian.” Sesi strim langsung Bayu Somerset bukan sahaja bertujuan untuk mempamerkan produk, tetapi turut memupuk komuniti berkaitan keselesaan berpakaian dan fesyen versatil.  

Bayu Somerset aktif mengeratkan hubungan dengan pelanggan melalui ciri Shopee seperti Shopee Coins dan baucar untuk meningkatkan lagi perjalanan membeli-belah mereka. Penawaran diskaun dan ganjaran memberi insentif untuk pembelian berulang dan membina kesetiaan pelanggan. Tambahan lagi, penyertaan mereka dalam kempen Raya Shopee, termasuk pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang berstrim langsung dan ditontoni 70,000 rakyat Malaysia, menggunakan kebolehcapaian meluas platform semasa musim perayaan untuk mempamerkan koleksi terkini dan menawarkan promosi istimewa. Dengan menggunakan ciri dan kempen Shopee secara strategik, Bayu Somerset menguatkan kesedaran jenama dan meningkatkan pengalaman pelanggan.  

Tambahan lagi, Diana menjelaskan kejayaan jenama dengan program Shopee Affiliate: “Kami dapat melihat impak signifikan dari ahli affiliate yang aktif mempromosikan Bayu Somerset dalam platform media sosial, terutamanya di aplikasi X. Ahli-ahli affiliate ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan kredibiliti jenama melalui testimonial dan perkongsian pengalaman memakai produk kami, yang memacu aktiviti pembelian.” Dengan program Shopee Affiliate, Bayu Somerset, dengan efektif berjaya menyebarkan mesej tentang nilai jenama mereka, harga mampu milik, dan rekaan unik, lalu meluaskan kecapaian dan impak pasaran. 

Bayu Somerset bercadang untuk meneruskan perjuangan. Dipacu semangat keusahawan, pesan Diana dan Emir kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia e-dagang: “Maksimumkan penggunaan ciri Shopee seperti Shopee Live dan Shopee Affiliate untuk menguatkan pendedahan jenama,” cadang Diana. “Adaptasi strategi kemenangan dari peniaga Shopee Live yang lain dan lihat apa yang bersesuaian dengan penonton anda.” Emir menekankan kepentingan untuk sentiasa beradaptasi: “Adalah penting untuk entiasa selaraskan diri dan adaptasi trend semasa dalam landskap e-dagang yang sentiasa berubah untuk kekal relevan dan kompetitif. Sentiasa kemas kini strategi anda agar sentiasa di hadapan.”

 

Dalam masa tiga tahun, Bayu Somerset telah menjadi batu asas ekonomi dan komuniti tempatan, mengambil 60 pekerja sepenuh masa dan 30 pekerja separuh masa dengan 95% adalah wanita. Jenama ini juga telah terjual lebih 8,500 helai pakaian di Shopee dengan Kebarung Merdu sebagai produk terlaris. Dengan hampir 30,000 pengikut di Shopee dan rating cemerlang 4.9 bintang, jenama ini berusaha untuk sentiasa berkembang maju dan kekal relevan dengan pengkalan pelanggan mereka yang semakin berkembang.


09 April 2024

Pengusaha Lelaki Bina Empayar Kecantikan di Shopee Live

Usahawan Lelaki Bina Empayar Kecantikan di Shopee Live

Mikaseries guna strim langsung untuk pupuk keterlibatan dan keterangkuman di Shopee


KUALA LUMPUR, 3 April 2024 - Mikaseries - jenama kecantikan yang diasaskan oleh ahli Shopee Celebrity Squad, Zoey Rahman, dibina berbekalkan semangat keusahawanan, inovasi, dan keterangkuman menikmati kejayaan sepanjang enam tahun di platform Shopee. Diinspirasikan daripada pengalamannya sebagai artis yang mendapati terdapat permintaan terhadap alat solek kekal lama dalam industri perfileman, Zoey menggunakan kebolehan dinamik Shopee Live untuk mentransformasikan pengalaman membeli-belah kecantikan dan kosmetik, menjawab sebarang salah faham, dan menyokong kepelbagaian dalam industri. 


Mikaseries diperkenalkan pada 2018, selari dengan kemasukan Zoey ke Shopee Celebrity Squad. Walaupun berhadapan pelbagai cabaran dalam pasaran yang kompetitif, Zoey mendapat sokongan penuh dari Shopee dalam beliau melayari perjalanan e-dagang. 


"Shopee Live adalah alatan perniagaan bertransformatif,” kata Zoey. “Ianya bukan sahaja untuk mempamerkan produk; tetapi juga untuk memupuk dialog bermakna dan memperkasakan pengguna untuk membuat keputusan berinformatif. Melalui sesi interaktif, saya berpeluang untuk menjawab sebarang kekhuatiran, mengetengahkan manfaat produk, dan menyampaikan mesej bahawa kecantikan adalah untuk semua. Mikaseries bukan sekadar kosmetik, tetapi ianya adalah tentang penerimaan individualiti, menggalakkan penjagaan kulit sebagai keutamaan, dan menjadikan kecantikan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan boleh diakses semua.” 


Tambahnya, “Semasa kempen jualan Shopee seperti 11.11 dan 12.12, Shopee Live membantu jenama kami untuk meningkatkan aktiviti pengguna dan menarik perhatian lebih ramai penonton ke sesi strim langsung kami. Insiatif seperti baucar Shopee Live dan Shopee Coins eksklusif memacu keseronokan dan menjana lebih banyak trafik ke saluran penjual. Ciri interaktif platform ini juga lengkap dengan cadangan membeli-belah yang diperibadikan secara langsung dan meningkatkan kadar aktiviti pembelian buat Mikaseries. Terima kasih kepada Shopee Live, kami mengalami peningkatan ketara dalam jumlah tontonan dan penjualan.”  


Menggunakan kuasa Shopee Live, Mikaseries telah berjaya mengintegrasikan strim langsung ke dalam strategi pemasarannya, memupuk hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan, dan mencipta semangat berkomuniti. Jenama ini memaksimakan penggunaan Shopee Live dengan berstrim langsung tiga kali setiap hari, dua jam setiap sesi, di mana kadang kala Zoey menjadi pengacara. Pengendalian strim langsung ini mencipta hubungan kukuh dengan pelanggan lalu meningkatkan reputasi jenama dan memacu jualan.  


Mikaseries juga mendapat manfaat dari sistem sokongan menyeluruh dari Shopee, termasuk sumber seperti Shopee University dan Hab Pendidikan Penjual. Saluran ini membawakan mendidik penjual dengan ilmu perniagaan dan melengkapkan penjual dengan kemahiran penting untuk bersaing dalam landskap sengit e-dagang. Dengan menggunakan sumber dan alatan perniagaan Shopee, Zoey berjaya menempuhi cabaran dalam industri kosmetik dan menubuhkan Mikaseries sebagai jenama bereputasi di platform Shopee. 


Mikaseries menawarkan penyelesaian kecantikan untuk semua jantina. Produk signaturenya adalah serum yang disuntik saffron, MIKA ULTRA SERUM - BOOSTER, yang telah terjual lebih 4,700 unit di Shopee. Serum ini diformulasi untuk melawan radikal bebas, membaiki dan menghidrat kulit untuk kompleksi kulit yang lebih berseri. Tambahan lagi, alat solek Mikaseries, seperti foundation popular Mikadation, yang telah terjual lebih 15,000 unit di Shopee, menawarkan penyelesaian kemasan ringan dan berpelbagai sesuai untuk lelaki dan perempuan, sama ada mereka memilih untuk memakai solekan yang lebih berat atau ringan.


Selari dengan komitmennya untuk terus berkembang dan berinovasi, Mikaseries telah melangkah masuk ke dunia fesyen dengan perkenalan Mikawear Indra Exclusive di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita pada 5 Mac.


Semasa pertunjukan fesyen yang distrim langsung dan ditonton lebih 70,000 penonton dari seluruh Malaysia, Mikaseries mempamerkan koleksi Raya Mikawear Indra Exclusive yang mengetengahkan Baju Melayu Indra dan Sampin Indra ‘instant’, yang diinspirasikan oleh gabungan kemodenan elegan dan warisan tradisional. Terjemahan kontemporari potongan klasik ini membawakan kolar cekak musang klasik dengan butang tersorok untuk kesenangan dan kelainan dalam memakai baju Melayu.  


“Platfrom mana lagi selain Shopee Live yang berkesan untuk saya memperkenalkan usaha baharu saya kepada dunia? Saya percaya akan sifat interaktif platform ini yang mempunyai pengkalan pengguna meluas dan pelbagai inisiatif kempen telah menjadikannya alatan penting untuk memacu perkembangan perniagaan, dan membina hubungan berkekalan dengan pengguna,” akhiri Zoey. 


Beribu pejabat di Cheras, Kuala Lumpur, Mikaseries dianggotai sebelas individu komited, dan lebih 109,000 pengikut di Shopee. Dengan rancangan untuk meluaskan rangkaian produk dan meluaskan jenama ke 200 kedai runcit fizikal pada akhir tahun, Mikaseries akan terus membawakan kecantikan dan gaya untuk semua.

Baju Melayu Indra bersama Sampin Indra dari Mikaseries diperagakan di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita


11 March 2024

Shopee’s 2024 Fashion Show, ‘Raya Stail Kita’, Celebrates Malaysia’s Golden Age of Culture

 Pertunjukan Fesyen 2024 Shopee, ‘Raya Stail Kita’ Meraikan 

Zaman Keemasan Budaya Malaysia 


KUALA LUMPUR, 8 Mac 2024 – Pada 5 Mac 2024, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, lancar pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di Shopee Live, untuk memberikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bergaya dan membeli lokal. Dengan tema ‘Tarakucha Retro’, Shopee bekerjasama dengan penjual, selebriti, dan pempengaruh untuk menggayakan rakyat Malaysia dengan tiga trend Raya 2024 iaitu kek lapis, jingga gelap, dan nostalgia dengan ‘twist’. 


“Pertunjukan fesyen ini adalah warkah cinta buat zaman keemasan P. Ramlee dan Saloma,” kata Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh. “Fesyen dan kecantikan di Shopee adalah sesuai buat semua dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia untuk beraya, kunjung-mengunjung di Hari Raya, dan meraikan Raya dengan yang tersayang di seluruh negara secara bermaruah. Dengan Raya Stail Kita, rakyat Malaysia boleh bergaya dan menyokong penjual tempatan.”


Tidak seperti pertunjukan fesyen yang lain, #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita memperlahankan ‘catwalk’ model untuk mengajar penonton di seluruh negara bagaimana busana berlainan boleh digayakan dari pelbagai jenama untuk gaya sedondon bersama seluruh keluarga. 


Sepuluh penjual fesyen muslim Shopee iaitu Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoey Rahman. Habib Jewels juga turut melengkapkan gaya di atas runway dengan menaja barang kemas dan aksesori.


Jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang turut menaja pertunjukan fesyen ini termasuk  Y.O.U, SimplySiti, Silkygirl, Wardah, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, barenbliss, Alha Alfa, dan AISASEA.


Model ‘body positive’ Hikma Al Hassan mengetuai peragaan #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang mempamerkan gaya inklusif dan mampu milik yang dipilih khas berdasarkan bagaimana rakyat Malaysia membeli-belah Baju Raya mereka secara dalam talian. Dengan gaya pertama, Kek Lapis, Shopee mengajak rakyat Malaysia untuk bereksperimen dengan lapisan warna, corak, dan tekstur. Seperti yang dipopularkan oleh Intan Najuwa di majlis perkahwinannya, Shopee kemudian membawakan pelbagai cara untuk menggayakan warna Jingga Gelap pada bulan Raya ini buat lelaki dan wanita yang memiliki apa jua tona warna kulit. Gaya terakhir, Nostalgia Balik Kampung menyaksikan tapestri gaya tradisional dan retro yang intim dengan setiap rakyat Malaysia. 


Kiffy Razak, Editor Pengurusan NONA, Hijabista, dan Mingguan Wanita, memberikan tips penggayaan tentang bagaimana rakyat Malaysia boleh bergaya dengan trend popular ini, “Anda boleh menggabungkan ‘color-blocking’ ala kek lapis, warna jingga yang terang namun chic atau nostalgia dalam pemakaian seseorang sambil mengintegrasikan sentuhan glam dan gaya klasik. Lebih penting, ianya adalah tentang bagaimana anda terjemah dan menggayakan trend ini supaya bersesuaian dengan jiwa dan diri sebenar anda, dan sekaligus menghormati nilai dan tradisi yang dipelihara dalam menyambut Hari Raya.” 


Shopee berdedikasi dalam menawarkan rangkaian yang pelbagai dan ‘wholesome’ dalam pilihan fesyen untuk seluruh keluarga. Dato’ Jovian Mandagie, Pereka Fesyen yang juga mempunyai kedai Skuad Shopee Celebrity bersetuju dengan sentimen ini, “Aidilfitri adalah perayaan yang meraikan kasih dan kemenangan mengharungi Ramadan, sama ada anda berada di kampung atau di bandar. Berpakaian secara selesa dan sopan. Elak daripada ‘overdressing’. Apabila memilih Baju Raya, utamakan keselesaan, dan cuma mengikut trend jika ianya bersesuaian dengan personaliti anda,”


Juga dari Skuad Shopee Celebrity, Zoey Rahman, pelakon Malaysia dan pengasas Mikaseries, turut memberikan pandangan tentang bagaimana untuk bergaya di Raya 2024, “Saya lebih suka Baju Melayu klasik dengan kolar cekak musang dan butang yang tersorok. Saya akan gayakan dengan sampin instant yang boleh disiapkan dalam masa 2 minit untuk melengkapkan gaya. Saya suka idea pakaian ini kerana ianya klasik dan sesuai untuk dipakai pada pagi Raya.” 


Kajian Raya Stail Kita* yang dijalankan terhadap pembeli di platform Shopee mendapati 9 dalam 10 yang ditinjau memilih untuk bergaya sedondon dengan seluruh keluarga dan ini memacu pembelian pakaian Raya mereka. Lima dalam sepuluh suka dengan trend Raya kek lapis, empat dalam sepuluh beli pakaian retro, dan selebihnya mencari warna jingga gelap. Pertunjukan fesyen ini adalah episod ketiga dalam kandungan platform bersiri #ShopeeRaiLokal yang mengetengahkan penjual tempatan yang membina komuniti**.


Tahun ini, pembeli boleh membeli tanpa risau dengan Shopee, kerana Shopee akan memperkenalkan bermula ciri baharu Change of Mind (Perubahan Fikiran) 15 Hari Pengembalian Percuma. Bermula 19 Mac 2024, anda boleh memulangkan produk untuk pengembalian wang sepenuhnya (full refund), dalam tempoh 15-Hari Shopee Guarantee.


Layari web mikro Raya Stail Kita di https://shopee.com.my/m/raya-stail-kita dan web mikro Kempen Ramadan Bersama Shopee di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale#SLM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...