Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

26 October 2016

Check Gigi | Fateh Uwais



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dah dua kali bawak budak 3 tahun tu check gigi. Sepatutnya dari umur dia 6 bulan kena bawak check gigi tapi ummi abi selalu lupa. Nak pulak masa dulu kalut ulang alik bawak dia buat fisioterapi. Bila dah banyak kali kena keluar masa kerja buat fisio rasa segan pulak nak keluar lagi pegi check gigi anak. Dah tu klinik gigi bukak time ofis hour je. Petang je kalau nak check gigi budak. Hari ahad sampai rabu. Makanya dari bulan ke bulan terus terlupa. Kesian dia. Mujur jenis rajin gosok gigi.

First time bawak check gigi langsung takmau masuk bilik dokte grrrr. Masa tu ada abi dia. Abi pujuk dukung bawak masuk bilik gigi. Suruh baring takmau. Nangis2 takmau memang dokte langsung tak dapat nak tengok gigi dia. Ummi abi jela tolong jawab bagi pihak gigi. Padahal dah train awal2 kalau dokte suruh nganga bukak mulut kena buat macam mana. Sampai klinik punahhhh harapan hahahaha.


gigih ummi cari gambar dia tunjuk gigi. nak sync dengan isi entry kofkofkof :p


Lepas 6 bulan kena datang lagi. Rutin. Kali ni ummi je yang bawak. Abi busy kena kerja. Awal2 sampai excited kemain lagi nya. Elok je nurse panggil. “Fateh Uwais mai masuk bilik nurse” terus buat drama =.= lari2 takmo. Nasib la petang tu dia sorang je patient nya. Nurse duduk luar sembang dengan ummi. Tanya pasal gigi, cerita pasal gigi blab la bla nya lah. Fateh Uwais? Main dekat mini playground yang ada dalam klinik gigi tu.

Agaknya dah ok sikit. Nurse panggil nak tengok gigi baru la berani nganga besar2 tunjuk gigi. Tapi tetap takmo baring atas kerusi check gigi tu. Layan la labu. Mujur nurse pun baik hati nak layan kalau tidak ummi piat telinga awak hahahahaha. Alhamdulilah gigi semua dalam keadaan yang baik. Lagi 6 bulan kita datang lagi ye. Tapi extend 8 bulan kot. Tunggu adik baby cukup 6 bulan kita pergi sekali dengan adik baby ;)

antara tips atau cara yang selalu amalkan untuk jaga gigi seorang Fateh Uwais. gosok setiap kali mandi. kalau hari tu mandi empat kali. empat kali jugak ummi gosok hahahahaha. dan ummi sendiri yang gosok gigi dia. selalunya dia mintak nak gosok sendiri, dan selalunya memang ummi tak izinkan punnn sebab tau dia cuma nak makan ubat gigi tu!!! heran betoi budak bertuah ni suka sangat makan ubat gigi. geram rasa nak cubit2 kadang kadang tu.

antara tips lain nak elakkan gigi kanak-kanak dari hitam atau rosak. bilas mulut dorang dengan air masak atau air kosong tiap kali lepas makan apa jenis makanan sekalipun. atau lepas minum air manis. suruh atau PAKSA dorang minum air kosong walaupun seteguk. iye, itulah yang ummi FatehFurqan selalu buat. wajib minum air kosong. kadang sampai nangis2 takmo, bila datang mood memberontak dia tu. tapi dah namanya ummi. kuasa veto itu di tangan saya!!! hahahahaha :p lagi satu masa diorang nak tido tu, lepas habis je minum susu botol terus tarik keluar puting susu dari mulut dorang. nak pulak kalau ada lagi balance susu dalam botol tu. susu formula ada sifat manis gula. jadinya kalau dorang tido dengan masih berbaki susu dalam mulut atau tido dengan style gonggong botol susu. itu yang jadi punca gigi dorang hitam atau rosak. alhamdulilah Fateh Uwais tiap kali lepas minum susu, sebelum dia mula nak pejam mata dia akan bawak keluar botol dulu "nahhhh ummi" dan dia pun pejam mata, tido.

cuba lah kalau korang alami masalah gigi anak rosak atau hitam. mana tau berkesan. selain tu memang kena paksa anak makan sayur hijau. dulu Fateh Uwais suka je makan sayur. tapi sejak tengok Upin Ipin tajuk Daun Hijau tu terus jadi takmo makan sayur. kuat terpengaruh betui!!! terpengaruh yang part tak elok pulak tu. yang elok nya tak nak pulak terpengaruh. grrrrr

11 comments:

el said...

hahahaha seronok tgk pagai abg uwais ni

Murni Alysa said...

Alhamdulillah cantik gg akhi uwais

TS said...

comey tul budak bijak ni..hihi

Pha Is said...

makan ubat gigi? sedap ke? hahaha

Pha Is said...

dah kna mula fikirkan masalah pergigian ank dah nih.. tapi gigi saya sendiri pun kurg penjagaan.. hmm.. hahaha

Hsna Rahman said...

shomel yang amat!

Adam said...

I'm not a robot and
i'll read yours later.
Going out for supper.

It's me from:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

cik Anggur said...

kira g klinik gg kt mana?mahal tk kalo nk check?

zarul farhana said...

gigi dia cantik..


dulu masa mengasuh anak buah..nk gosok gigi dia mmg susah.. nk buat sndri ja smuanya..padahal bukn gosok sgt pon.. pas2 suka mkn ubat gigi tu jugak..

Zai Zamree said...

sm tips mcm k.zai buat kt Aqil n Alhamdulillah gigi Aqil masih elok. Penah p nak check gigi dia bl abes checkup sbb nurse bwh yg suruh...bl naik klinik gigi bukan hari untuk check gigi budak so blk trus n smpai skrg x p check lg....hahahaha

Nina Mads said...

hahahaha uwais nakalnyaa.. tips yg bagus. mmg xrosak atau hitam. hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...