Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

06 July 2012

Bila lah pulak turn saya? hurm

Assalamualaikum dan salam sejahtera

heiii awak kenapa sedih sangat nie? awak sedih sebab kawan-kawan yang sebaya awak dah kahwin dan ada jugak yang dah ada anak kan? dah!! jangan nak monyok sedih lagi. setiap hambaNya dah ditetapkan jodohnya, kalau tidak didunia diakhirat pasti ada jodoh untuk awak. itu janjiNya.

jangan la sedih sangat cuba awak muhasabah diri. bila awak lambat kawen, awak punya masa yang sangat banyak nak diluangkan dengan keluarga tersayang. memanglah banyak pahala yang kita dapat kumpul bila dah ada suami/isteri. tapi awak jugak kena ingat, besar ganjaran yang Allah sediakan untuk anak yang berbakti pada kedua ibu ayah. 

bila awak lambat kawen awak punya lebih masa nak bercinta dengan Dia yang mencipta. siapa lagi kalau bukan Yang Maha Esa kat atas. bukanlah sampai saya menidakkan perasaan indah antara suami isteri. tapi kan awak, bila awak bercinta dengan Allah percayalah yang awak akan rasa dicintai dan disayangi oleh segala penduduk bumi dan langit. dapat mencintaiNya sepenuh hati satu perasaan yang sangat indah awak, tak semua orang boleh dapat tapi tak mustahil untuk digapai...

lagi satu awak, awak punya masa yang banyak untuk persiapkan diri awak sebelum menjadi isteri yang solehah atau suami yang soleh. mungkin ada lagi kekurangan dalam diri awak yang perlu awak tampung,, haaaa ambik la masa nie perbaiki kekurangan diri sekurangnya nanti bila awak dah berkawen zauj/zaujah awak mesti bersyukur dan bangga punya kekasih hati yang hebat macam awak..

banyak lagi sebab yang indah awak akan jumpa bila kawen lambat nie. cumanya awak sendiri kena ajar diri awak berfikir positif. kalau bukan awak yang cuba kawal fikiran awak siapa lagi kan? Allah aturkan segala perkara bersebab, sebabnya Dia tahu apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. jangan sedih ye awak dan jangan berfikiran negatif. berfikiran negatif cuma racun yang sikit-sikit memakan diri awak :)




La Tahzan : Lambat Kawen  

8 comments:

Zai Zamree said...

semua yg Allah jadikan dan tentukan itu bersebab :)

jgn terlalu pk negatif dan pk ckp2 org...nti lama2 kita yg stress

Unknown said...

Ya jd awk tu jgn rsau. Akn adenye jdoh utk awk

tupperware_merah said...

aku tanak bace tajuk entri ni. sebab ia akan menyebabkan aku semakin tertnya2. sabo ruzz, saboo. :)

Anonymous said...

Saya pun sedang mengalami situasi ni. saya sangat sedih, sedihnya hingga luar kawal....tiap2 hari nangis.... sedih tengok kebahagiaan kawan2 sebaya dan yang lebih muda dah ada suami dan anak2....bertambah sedih bila kawan2 yg tengah bahagia tu menunjuk2 dan menceritakan kisah bahagianya bersama pasangan dan anak2...terfikir nasib diri. rasa diri ni hina dan tak laku... rasa diri ada kekurangan, rasa rendah diri yang amat sangat....umur dah tua tapi tak kawin2 lagi...takde org pandang pun... :(

Anonymous said...

Apalah ko ni anonymous. Ko pasti ke akan bahagia kalau kawen? Jadi kenapa ko nak ukur kebahagiaan dengan sesuatu yang tak pasti? Elok ko pegi tengok laki bini gaduh kat mahkamah syariah tu. Lepas tu ko pegi rumah anak yatim pulak. Baru lepas tu ko boleh bersyukur sebab ada sebuah kehidupan, ada kebahagiaan, ada mak bapak yang sayang ko.

Anonymous said...

huhu...terima kasih la ye anonymous sebab tembak saya...apa pun itulah keadaan saya sekarang....kejap ok, kejap tak... bila ada je kawan yg dah kawin duk tunjuk2, duk cerita pasal bahagia dia suami isteri dan anak2, terus saya down dan menangis bila balik rumah....huhu..apa nak jadi

Kira Sakura said...

Anon : sebab tue kita kena redha pada takdir Allah. setiap kejadian yang Allah aturkan itulah yang terbaik tuk kita. tak kan DIA sia-siakan setiap hambaNya cuma diri kita yang kena belajar redha insyaALlah akan nampak kebahagiaan yang DIA sediakan nanti :)

Anonymous said...

Saya sangat bersyukur saya masih belum berkahwin (dan bercerai). Perkara itu telah mendekati saya beberapa kali tapi saya berjaya mengelak. Entah kenapa hati saya belum ke arah itu ketika itu. Kalau saya renungkan kembali, sekiranya ianya diteruskan juga ketika itu, kehidupan saya akan amat berlainan dan tersiksa sekali. Kemungkinan alam penceraian amat tinggi. Saya bersyukur sebab tidak memaksa diri - hanya kerana semua orang lain berkahwin tak bermakna kita hanya menurut. Sekiranya ditakdirkan berkahwin, perkara itu akan berlaku juga menurut kehendak-Nya, pada masa yang paling sesuai, dengan orang yang paling tepat. Sekiranya tidak berkahwin lebih baik menurut ketentuan-Nya, itulah ketentuan-Nya yang terbaik buat kita. Benarlah, Pencipta kita lebih memahami diri kita dari diri kita sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...